Seorang lagi pelajar Institut pengajian tinggi (IPT) disahkan positif semalam di sabah.
Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Christina Rundi berkata kes itu dilaporkan di Kota Kinabalu sekaligus menjadikan jumlah kes positif di Sabah kepada 328 kes.
"Pelajar ini sudah disaring dan pengambilan sampel berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) pengurusan pergerakan pelajar untuk negeri ini.
"SOP ini dibentuk untuk pengoperasian program khas ekoran kebenaran yang diberikan kepada pelajar IPT untuk pulang ke daerah asal.
"7,000 pelajar dianggarkan akan kembali ke daerah masing-masing iaitu pergerakan besar-besaran pelajar dari zon merah ke zon hijau dan kuning.
"Setakat ini, 1,612 pelajar telah diurus perjalanan mereka ke Semenanjung, Labuan dan Sarawak manakala 1,048 pelajar sudah dihantar pulang ke daerah asal mereka di dalam negeri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, Christina berkata selain saringan pelajar di semua IPT dalam negeri, saringan dan pengambilan sampel sama turut dilaksanakan untuk pelajar yang kembali
ke Sabah yang dilakukan di semua pintu masuk Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau.
Sumber dan Ayat: BHarian
Comentarios