top of page
Writer's pictureMs Okbaitu

COVID-19: Sabah terus menunjukkan fasa pemulihan yang memberangsangkan

Sabah terus mencatatkan perkembangan yang baik bagi kes covid-19 dengan mencatatkan 12 daerah zon kuning, 14 daerah zon hijau dan sifar daerah zon merah.

Menerusi perkongsian oleh Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Frankie Poon Ming Fung dari laman facebook rasminya, daerah kuning melibatkan 12 daerah iaitu:


  • Tawau (16 kes aktif)

  • Kota Kinabalu (15 kes aktif)

  • Keningau (12 kes aktif)

  • Lahad datu dan Tuaran (6 kes aktif)

  • Kinabatangan dan Penampang (4 kes aktif)

  • Putatan (3 kes aktif)

  • Beaufort, Kota Belud, Ranau dan Beluran (1 kes aktif)


14 daerah hijau pula adalah Sandakan, Kunak, Sipitang, Papar, Tambunan, Semporna, Kudat, Pitas, Kota Marudu, Telupid, Tongod, Nabawan, Tenom dan Kuala Penyu.


Sabah juga dilaporkan menambah 13 kes sembuh baru menjadikan jumlah sembuh keseluruhan kepada 241.

Last updated: 01-05-2020

Setakat semalam, 70 kes aktif di sabah termasuk pesakit yang menerima rawatan.


Sumber: utusanborneo


49 views0 comments

Comments


bottom of page