top of page
Writer's pictureMr Yalaitu

COVID-19: Sabah melengkapkan 182,300 orang menjalani pemeriksaan

Datuk Dr Christina Rundi selaku Pengarah Kesihatan Negeri berkata, sebanyka 182,300 orang telah selesai menjalani saringan pemeriksaan covid-19 sehingga semalam.

10,054 sampel darah diambil daripada jumlah keseluruhan. Daripada 838 ujian dijalankan, 18 positif adalah termasuk 16 sampel ulannga.


Seramai 184 pesakit wabak ini, 82 daripadanya masih dalam siasata dan 37 pesakit dengan jangkitan pernafasan akut teruk (SARI) masih dirawat di 6 hospital seluruh negeri.


52 orang disahkan sembuh & dibenarkan pulang setakat ini.


10,343 masih berada di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian.


6,286 hubungan rapat dengan pesakit berada dalam pengawasan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), 4,057 orang lagi sudah menamatkan tempoh kuarantin sendiri di rumah selama 14 hari.


2,468 mendapatkan khidmat kaunseling atau intervensi mengenai covid-19 ini.

(Boleh hubungi di Mental Health & Psychosocial Support Network (MHPSS ) di talian 088-230987 [Setiap hari, 8am-5pm] - Sebuah gerakan dari golongan terlatih seperti pakar psikiatri, pegawai perubatan, pegawai psikologi kaunseling dan pegawai kaunseling klinikal di semua daerah.)


Kata Datuk Dr Christina Rundi, pihaknya turut melaksanakan 1,045 psikoedukasi dan 2,869 maklumat infografik menerusi aplikasi WhatsApp termasuk panggilan video.


Seramai 3,761 orang termasuk kakitangan perubatan dan orang awam sudah diberikan intervensi.


Mengenai kakitangan hospital di keningau yang dikatakan positif covid-19 seperti yang viral di media sosial, ianya masih dibawah siasatan. Bagaimanapun, siasatan awal mendapati jangkitan mungkin daripada kaitangan lain yang dijangkiti semasa menghadiri mesyuarat di luar daerah sebelum PKP dikuatkuasakan. Diharap orang ramai jangan membuat spekulasi tanpa bukti yang boleh menimbulkan panik dikalangan rakyat tempatan.


Sumber: Hmetro




14 views0 comments

Comments


bottom of page