top of page
Writer's pictureMr Yalaitu

COVID-19: Sabah melanjutkan tempoh perintah berkurung di zon timur

Perintah berkurung di lanjutkan di kawasan zon timur yang melibatkan 7 daerah tersebut iaitu Semporna, Tawau, Kunak, Beluran, Lahad datu, Kinabatangan dan Sandakan yang sepatutnya berakhir pada 5 April - Dilanjutkan sehingga 20 April ini kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jas.

Beliau berkata susulan kepada keputusan ini, penduduk yang berada di daerah ini diminta berada dalam rumah dan tidak dibenarkan memasuki kawasan perairan tersebut antara 6pm - 6am sepanjang tempoh yang ditetapkan.


"Perintah berkurung ini dilanjutkan bagi memastikan kawasan perairan ini tidak diceroboh oleh pengganas yang mungkin cuba mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan covid-19 di daerah-daerah ini dan pelancong asing di pulau-pulau peranginan yang masih berada di Sabah." katanya.


Zaini berkata,berdasarkan maklumat, kumpulan militan Abu Sayyaf dan mereka yang menjalankan kegiatan menculik untuk mendapatkan wang tebusan dari Filipina selatan masih cuba menceroboh bagi melakukan penculikan serta jenayah di antara sempadan.


Beliau berkata, perintah itu juga adalah bagi memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot selain menimbulkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet serta nelayan dengan kehadiran kapal anggota keselamatan di sekitar kawasan mereka.


"Saya juga memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah Zon Timur untuk mengeluarkan permit kepada pemohon yang layak bagi aktiviti perikanan atau ada keperluan mendesak untuk melalui kawasan perintah berkurung" Katanya.


Sumber: SinarHarian



252 views0 comments

Comentarios


bottom of page