top of page
Writer's pictureMr Yalaitu

COVID-19: Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April 2020

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri Malaysia mengumumkan sebentar tadi bahawa kerajaan sudah mengambil keputusan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini susulan kepada kes-kes positif COVID-19 yang semakin meningkat di Negara ini.

Beliau berkata, keputusan ini diumumkan lebih awal untuk memberi ruang kepada rakyat untuk membuat persediaan awal.


Perdana menteri diberi taklimat oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Kementerian Kesihatan mengenai isu COVID-19 ini dan kes-kes positif disebabkan wabak ini masih berterusan dan meningkat.


Isu ini dijangka mungkin akan berterusan untuk beberapa ketika dan memerlukan masa lebih banyak agar kes positif wabak ini akan berkurangan dari masa ke semasa. Oleh itu, PKP akan diteruskan sehingga 14 April dan pengumuman akan dilakukan setelah 14 April nanti.


PM menasihati para rakyat agar sentiasa bersedia untuk duduk lebih lama dalam rumah dan kerajaan juga betungkus-lumus dalam menyediakan keperluan asas rakyat sepanjang tempoh PKP berkuat kuasa.


Setakat artikel ini ditulis pada hari ini, kes positif COVID-19 meningkat ke 1,796 orang dan jumlah kematian meningkat kepada 17 orang.


Pray for Malaysian.

3 views0 comments

Comments


bottom of page