Perdana menteri Rusia, Mikhail Mishustin mengumumkan pada hari Khamis lalu bahawa beliau disahkan positif covid-19, sementara negara tersebut mencecah jumlah 100,000 kes positif.
Beliau kini kuarantinkan diri untuk melindungi rakan sekerjanya dan mencadangkan timbalan perdana menteri Andrei Belousov untuk menjadi pengganti buat sementara waktu dan serta merta Presiden Rusia, Vladimir Putin menandatangi perlantikan Timbalan Perdana Menteri tersebut.
"Saya berharap anda boleh bekerja semula, telefon saya bila anda sampai di Hospital" kata Putin yang melantik Mishustin secara mengejut pada January lalu sebagai Perdana Menteri yang sebelum ini masih kurang yakin dengannya menggantikan Perdana Menteri sebelumnya, Dmitry Medvedev.
Putin belum mengadakan sebarang perjumpaan bersekemuka selama seminggu, menurut kepada lama web Kremlin, kali terakhir perjumpaan adalah bersama dengan Mishustin pada 24 Mac lalu.
Dengan kes positif sebanyak 7,933 dalam masa 24 jam, menjadikan jumlah kes positif di Rusia mencecah kepada 114,431 dan 1,169 kematian, menurut kepada statistik kerajaan rusia.
Dengan jumlah seribu ke atas setiap hari dan semakin meningkat, Rusia kini menjadi negara nombor 8 dari 210 negara yang dijangkiti wabak pandemik covid-19 ini.
Sumber dan berita penuh: NST
Comments