Dalam 1 kenyataan yang dikeluarkan oleh media dalam pejabat perdana menteri dan kenyataan yang dimuat naik oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri di laman Facebook rasminya sejam lalu (semasa artikel ini ditulis), Perdana Menteri kini terpaksa menjalani Kuarantin diri 14 hari selepas seorang pegawai disahkan Positif COVID-19.
Dalam kenyataan tersebut, seorang pegawai yang menghadiri mesyuarat pasca-Kabinet di pejabat perdana menteri pada Khamis, 21 Mei 2020 telah disahkan positif covid-19 setelah menunjukkan gejala dan dilakukan saringan ke atasnya.
Walaubagaimanapun, ujian saringan telah dijalankan kepada Perdana Menteri kita dan disahkan negatif, namun menurut Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi kontak COVID-19 (Seksyen 15(1) Akta 342), YAB Perdana Menteri harus menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari bermula petang ini.
Semua ahli mesyuarat juga diarahkan untuk menjalani ujian saringan covid-19 dan menjalankan kuarantin diri di rumah masing-masing selama 14 hari bermula hari ini.
Sebagai Makluman, setiap mesyuarat yang diadakan di pejabat perdana menteri mengamalkan penjarakan sosial dan penjagaan kesihatan yang ketat pada setiap masa.
Sumber: Facebook Rasmi Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.
Yorumlar