top of page
Writer's pictureMr Yalaitu

COVID-19: Penyanyi PINK sembuh dan menyumbangkan $1 juta kepada Tabung HealthCare

Bersyukur tetapi tekanan yang dirasai bukanlah kecil, penyanyi popular yang menang 3 kali grammy award, PINK atau nama sebenarnya Alecia Moore berasa sungguh lega apabila akhirnya dia bebas dari wabak covid-19 pada 4 April lalu.

Di atas kesyukuran dan berterima kasih atas usaha yang dilakukan oleh petugas kesihatan, penyanyi itu dengan murah hati menyumbangkan 1 juta dollar kepada 2 tabung kecemasan covid-19 untuk menyokong frontliners yang berjuang habis-habisan demi pesakit wabak ini setiap hari.


Penyanyi PINK dan juga anaknya yang berumur 3 tahun, Jameson menunjukkan simptom covid-19 2 minggu yang lalu dan disahkan positif dan kuarantinkan diri di rumah. Beberapa hari lalu, mereka berdua diuji sekali lagi dan mendapat keputusan negatif dan secara automatik bebas dari wabak ini.


Walaupun mengucapkan kata syukur namun penyanyi tersebut berasa tidak puas hati disebabkan tindakan kerajaan yang kurang memberangsangkan terhadap rakyat dan mengatakan tindakan mereka sebagai gagal.


"Perkara ini sangat serius. Kita mesti melakukan lebih banyak ujian dan memfokuskan kepada tindakan yang melindungi anak-anak kita, keluarga kita, kawan-kawan kita dan masyarakat kita." katanya.


PINK mengumumkan bahawa beliau akan memberi sumbangan sebanyak $500,000 kepada Temple University Hospital Emergency Fund di Philadelphia dan memberi tambahan $500,000 kepada Los Angeles Mayor's Emergency COVID-19 Crisis Fund.


Kemudian beliau mengatakan:

"TERIMA KASIH kepada semua petugas penjagaan kesihatan, kesemua frontliners. Anda semua merupakan HERO, HERO kami. Satu lagi, sila duduk dalam rumah. please."

Sumber: HuffPost


14 views0 comments

Comments


bottom of page