Sebentar tadi, Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin mengumumkan pengeluaran KWSP sebanyak RM500 sebulan selama 12 bulan.
Menurutnya, Inisiatif ini diambil bagi membantu rakyat yang terkesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) ini, sebilangan rakyat difahamkan diberhentikan atau diberi cuti tanpa gaji oleh majikan membuatkan sesetengah rakyat mempunyai kesukaran dalam membeli barangan keperluan, membayar bil bulanan dan lain-lain lagi.
Menerusi kemudahan ini, semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum sebanyak RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan. Permohonan boleh dibuat bermula 1 April 2020.
Inisitiaf ini dijangka akan memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP, dengan jumlah pengeluaran yang dianggarkan bernilai RM40 billion.
Beliau juga berharap agar dengan adanya Inisiatif seperti ini, boleh membantu serba sedikit sebilangan rakyat yang memerlukannya di waktu-waktu sukar ini.
Kommentare