Pada hari jumaat yang lalu, World Health Organization (WHO) telah mengadakan persidangan video kepada pemimpin-pemimpin dunia untuk membincangkan isu mengenai pandemik COVID-19 ini.
Kesemua para pemimpin dunia melancarkan rancangan mempercepatkan kerja ke atas segala ujian, ubat dan vaksin melawan COVID-19 yang memakan kos berbillion ringgit dan berkongsi kepada dunia, tetapi Amerika Syarikat tidak termasuk di dalam rancangan yang dikemukakan oleh (WHO) ini.
Presiden A.S Donald Trump telah mengecam WHO kerana lambat bertindak balas terhadap wabak ini dan menangguhkan pembiayaan kos covid-19. Namun Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus mengendahkan tuduhan itu dan meneruskan komitmen-nya dalam membendung wabak covid-19 ini.
Fokus utama adalah untuk mempercepatkan keberkesanan vaksin yang selamat untuk mendiagnosis dan melawan covid-19 dan memastikan rawatan yang sama-rata kepada yang kaya dan yang miskin.
Semasa pandemik selesema H1N1 pada tahun 2019, berlaku kritikan apabila pengedaran vaksin tersebut tidak dilakukan sama rata dan negara yang kaya mampu membeli lebih banyak. Para pemimpin dunia mengambil ini sebagai iktibar dan walaupun vaksin sudah diwujudkan dan tidak mencukupi buat semua, mereka tidak akan benarkan ianya diedarkan terlebih dahulu.
"Kita mesti memastikan mereka yang memerlukannya, boleh mendapatkannya. Kita sudah mendapat pengajaran terhadap kes AIDS, berbilion orang mati sebelum mendapatkan ubat anti-retroviral itu" kata Peter Sands, ketua kepada dana AIDS, tuberculosis dan malaria dunia.
Sumber penuh: TheStar
Bình luận