Dunia kini masih dilanda wabak covid-19 yang mengejutkan dunia sejak awal Januari 2020 dan sekarang telah memasuki fasa kedua di mana ianya membuatkan kebanyakan negara di seluruh dunia kini mengiisytiharkan "lockdown" di negara masing-masing demi membendung wabak ini agar tidak terus merebak dan menjangkiti sesama manusia.
Jepun adalah antara negara terawal yang dijangkiti wabak ini pada Januari lalu selepas China dan Korea pada waktu itu selepas sebuah kapal laut mewah, Diamond Princess dari China melabuh di negara matahari terbit itu. Jika difikir secara logik, negara jepun juga sepatutnya terjejas teruk seperti negara China, Korea, Italy pada ketika itu. Namun ianya terjadi sebaliknya apabila Negara Jepun mempunyai jumlah kes positif yang sangat sedikit berbanding negara China, Korea, Italy yang terjejas pada waktu yang sama oleh wabak berbahaya ini.
Mengapa ianya terjadi? Apakah yang dilakukan oleh orang jepun?
Perkongsian ini dikongsikan oleh seorang pelajar India yang menetap di Jepun. Mari kita sama-sama menilai cerita ini.
"Di jepun segalanya normal sehingga ke hari ini. Kami pergi ke pejabat setiap hari, kami pergi ke jabatan perkhidmatan, tiada restoran yang tutup, tiada shopping mall yang tutup. Tiada "Lockdown" diisytiharkan oleh kerajaan jepun. Metro Train berjalan seperti biasa. Bullet Train berjalan seperti biasa. Semua sempadan antarabangsa masih dibuka. Jepun mempunyai warga emas yang mempunyai peratus ketinggian yang sama seperti Itali. Jepun juga mempunyai ramai warga asing yang menetap terutama di Tokyo. Pelancong masih dibenarkan masuk ke jepun."
"Yang tutup sehingga kini hanyalah sekolah dan acara-acara awam yang melibatkan berkumpulan secara beramai-ramai."
"Saya membuat analisis terhadap kejadian ini dan kemungkinan besar ianya disebabkan budaya orang jepun yang menerapkan kebersihan sejak dari kecil lagi untuk mengatasi penyakit berjangkit."
1. Orang Jepun sentiasa memakai topeng muka di mana saja mereka pergi. Jika anda di tempat ini, anda akan melihat hampir 60% orang jepun memakai topeng muka walaupun hari biasa. Walaupun mereka hanya batuk sedikit, mereka akan memakai topeng muka agar orang lain tak dijangkiti. Ini adalah budaya mereka untuk mengentikan penyakit dari berjangkit kepada orang lain. Kebiasaannya apabila orang jepun berhadapan dengan pekerja seperti penjaga kaunter, pegawai kerajaan, doktor, jururawat, pengawal stesen, pekerja kereta api, polis dan sebagainya mereka akan memakai topeng muka dan pekerja ini juga memakai topeng muka.
2. Orang jepun mengamalkan konsep "jangan ganggu orang lain". Mereka tidak meludah merata-rata sebaliknya mencari tong sampah untuk membuang ludah. Kebersihan adalah sebahagian daripada diri mereka. Mereka diajar sejak kecil lagi sebelum memasuki tadika bagaimana untuk menjaga kebersihan dan menjaga tatatertib di tempat awam.
3. Mereka tidak mengamalkan bersalaman tangan, sebaliknya mengamalkan tunduk hormat kepada orang lain.
4. Di Jepun, mencuci tangan adalah sebahagian daripada budaya. Mereka mempunyai sabun dan sanitizers di tandas awam, pintu masuk ofis, pintu lif dan juga di tempat-tempat awam atau hiburan. Menggunakan hand sanitizers di sini adalah normal untuk mengelakkan penyebaran virus.
5. D tandas awam pula saya perasaan orang jepun akan mencuci tangan dengan bersih dan membersihkan singki yang mereka guna untuk keselesaan orang yang akan guna selepasnya.
6. Orang Jepun sentiasa membawa tisu basah untuk membersihkan tangan mereka apabila mereka menyentuh atau setiap kali keluar dari rumah.
7. Mereka sentiasa menjarakkan diri dengan orang lain.
Sebenarnya banyak lagi amalan kebersihan yang diamalkan oleh rakyat jepun dan ini membantu mereka untuk mencegah wabak covid-19 ini daripada terus menjangkiti orang lain.
Sesuatu yang kita semua harus pelajari mulai hari ini.
Sumber: Facebook
Comments