Dengan penambahan 3 kes baru di sabah kelmarin di mana 2 kes di Kota Kinabalu dan 1 kes di Keningau, menjadikan bandar Kota Kinabalu dilabel sebagai zon merah.
Mengikut kepada panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), setiap daerah yang mencatat lebih dari 41 kes covid-19 diisytiharkan sebagai zon merah.
Menurut kepada Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon, dengan penambahan 2 kes terbaru di Kota Kinabalu Kelmarin, jumlah kes positif covid-19 di daerah ini adalah 42 kes.
"Penambahan ini sekaligus menunjukkan Negeri Sabah mempunyai dua daerah Zon Merah, iaitu Tawau dan Kota Kinabalu" katanya dalam satu kenyataan Facebook beliau.
Keningau pula mencatatkan penambahan satu kes menjadikan keseluruhan kes di daerah tersebut kepada 12.
Setakat ini, jumlah keseluruhan kes di sabah adalah sebanyak 288 dan merekodkan 4 kematian yang melibatkan 2 kematian di Kota Kinabalu, 1 di Tawau dan 1 di Tambunan.
Daerah terjejas yang lain tidak menunjukkan sebarang perubahan dan 8 daerah yang belum terjejas masih selamat dan tiada rekod.
Sumber: BeritaHarian
Comments