Ringkasan Kes COVID-19 pada hari ini, 26 Mei 2020.
Gambar sekadar hiasan.
Kes baru dilaporkan oleh KKM hari ini adalah sebanyak 187 kes positif covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 7,604.
10 kes import (3 Bukan Warganegara, 7 Warganegara).
177 kes penularan tempatan (173 Bukan Warganegara, 4 Warganegara).
Jumlah kes aktif setakat ini adalah 1,448 sambil merekodkan jumlah kes sembuh pada hari ini adalah 62 menjadikan jumlah sembuh keseluruhan kepada 6,041.
Jumlah keseluruhan kes di ICU setakat hari ini adalah seramai 8 dan seramai 5 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.
Tiada kematian dicatatkan pada hari ini dan jumlah kematian kekal kepada 115.
Elakkan 3C (Crowded place, Confined space & Close conversation) dan amalkan 3W (Wash, Wear & Warn) dan terus patuh kepada S.O.P.
Sumber: CPRC KKM
Comentarios