Seorang wanita yang berasal dari Sarawak berumur 23 tahun direkodkan sebagai kematian paling muda disebabkan oleh wabak covid-19, jangkitan berasal dari perhimpunan berkumpulan gereja di kuching, sarawak pada ketika itu.
Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata wanita tersebut merupakan generasi ke-5 jangkitan tersebut yang berpunca dari perhimpunan berkumpulan gereja di kuching, sarawak dan mempunyai sejarah penyakit tiroid.
Beliau (kes ke-2864) mempunyai sejarah hubungan rapat dengan 2 kes positif covid19 yang lain (kes=2469 dan kes-2470). Beliau merupakan generasi ke-5 dijangkiti dari perhimpunan berkumpulan gereja tersebut namun beliau bukanlah salah seorang dari peserta dalam perhimpunan tersebut.
Beliau dirawat di Hospital Awam Sarawak pada 20 Mac dan meninggal pada 9 April jam 9.42am.
Dr Noor Hisham, yang sudah mengesahkan wanita tersebut sebagai kematian paling muda direkodkan setakat ini di Malaysia mengatakan beliau mendapat rawatan apabila sudah mencapai di tahap akhir.
"Kebiasaannya, 88% kes bermula dari kategori 1 dan 2, tetapi wanita muda ini datang ke hospital apabila beliau sudah mencapai kategori 4 kemudian terus dipasangkan alat pernafasan untuk pengoksigenan dan pengudaraan, namun kata beliau dia berserah kepada takdir" kata Dr Noor Hisham semasa berucap di sidang media.
Perhimpunan Gereja yang dijalankan pada 26 Feb - 28 Feb, disahkan sebagai salah satu penyumbang kepada penyebaran covid-19 di negara ini. Setakat ini, 3 kematian dicatatkan dan 110 kes positif dari perhimpunan ini.
Dikatakan wanita ini adalah pelajar dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), sementara kedua-dua ibubapanya juga disahkan positif virus ini.
Sumber: TheBorneoPost
Comments