MALAYSIA - Jumlah kematian di Malaysia disebabkan oleh virus COVID-19 kini meningkat kepada 8 orang seperti yang diumumkan oleh Pengarah Kesihatan Malaysia - Dr Noor Hisham Abdullah.
Mangsa keempat adalah pesakit nombor 238 - Seorang warga tua berusia 50 tahun dari tabligh cluster yang masuk ke ICU di Melaka pada 12 Mac lalu.
Mangsa kelima adalah melibatkan seorang wanita berusia 79 tahun wargenara Malaysia dari Sarawak yang telah dimasukkan ke Borneo Medical Centre pada 16 Mac 2020 setelah mengalami demam dan batuk selama 5 hari. Pada hari kedua, beliau mengalami kesukaran bernafas namun keluarga tidak mempersetujui beliau diberi bantuan alat pernafasan. Beliau dibawa pulang oleh keluarga pada 17 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 18 mac 2020. Beliau mempunyai kontak dengan dua oragn laig yang disahkan positif iaitu anak lelaki dan anak perempuan beliau.
Mangsa keenam pula melibatkan anak perempuan kepada mangsa kelima. Kes ini melibatkan seorang wanita berusia 40 tahun yang dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak pada 18 Mac 2020 setelah mengalami demam dan batuk sejak 7 Mac 2020. Beliau disahkan positif pada 19 Mac 2020 dan diberi bantuan pernafasan pada hari yang sama setelah keadaan ksihatan beliau semakin merosot. Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 1.20 tengah hari pada 21 Mac 2020.
Mangsa ketujuh melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 57 tahun, mempunyai sejarah perjalanan ke Vietnam dan kontak dengan kes positif COVID-19 dari kluster tabligh. Beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac 2020 setelah mengalami gejala demam, batuk dan sakit tekak selama seminggu. Keadaan kesihatan beliau kemudiannya merosot sehinga memerlukan bantuan pernafasan pada keesokan harinya. Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 3.22 petang pada 21 Mac 2020.
Mangsa kelapan pula adalah melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 69 tahun daripada kluster tabligh. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tumpat pada 16 Mac 2020 setelah mengalami gejala demam sejak 12 Mac 2020. Beliau telah dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu pada 18 Mac 2020 setelah didapati keadaan kesihatan merosot dan kemudian memerlukan bantuan alat pernafasan pada keesokan harinya. Beliau disahkan meninggal dunia pada 21 Mac 2020 pada jam 4.00 petang.
KKM mengucapkan takzian kepada ahli keluarga mangsa.
Comments