Negara kita kini merekodkan 142 kes baru pada hari ini menjadikan jumlah positif covid-19 ke 2,908 menurut kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.
Dr Noor Hisham Abdullah juga berkata 2 lagi kematian baru menjadikan jumlah kematian kepada 45 orang.
102 orang pula dirawat di ICU, tambah 8 orang dari kelmarin. Dari 102 orang, 66 orang memerlukan alat pernafasan, tambah 6 orang dari kelmarin.
Sementara 108 orang sembuh dari wabak ini dan dibenarkan pulang menjadikan jumlah sembuh dari covid-19 ini kepada 645 orang.
2 kematian pada hari ni adalah seperti berikut:
Pesakit ke-193 (Kematian ke-44)
Seorang wanita warganegara malaysia berumur 80 tahun yang mempunyai sejarah penyakit diabetes, tekanan darah tinggi dan masalah jantung. Beliau mempunyai hubunfan dengan pesakit ke-115. Beliau di rawat di Hospital Kuala Lumpur pada 13 Mac dan disahkan meninggal pada 31 Mac jam 4.30am.
Pesakit ke-1,053 (Kematian ke-45)
Seorang lelaki warganegara malaysia berumur 62 tahun yang mempunyai sejarah diabetes dan tekanan darah tinggi. Beliau mempunyai hubungan dengan pesakit ke-486. Beliau dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 17 Mac dan disahkan meninggal pada 31 Mac jam 10.46pm.
Setakat hari ini, Kementerian Kesihatan telah merekrut 2,359 sukarelawan untuk menangani wabak covid-19 ini.
Mereka terdiri daripada 64 pakar perubatan, 159 pegawai perubatan, 909 nurse, 220 juruteknik makmal, 704 penolong pegawai kesihatan, 106 juruteknik X-Ray, 56 ahli fisioterapi, 70 pegawai sains (microbiologi), 7 ahli farmasi, 44 penolong ahli farmasi, 11 sekuriti dan pegawai kesihatan, 2 ahli psikologi dan 6 ahli kaunseling.
Comments