top of page
Writer's pictureMr Yalaitu

COVID-19: Ekonomi Malaysia perlukan 6 bulan untuk pulih

Menurut kepada Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam Ekonomi semasa menjadi tetamu dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam tadi - Malaysia memerlukan masa 6 bulan untuk pulih sedia kala selepas "bersih" daripada wabak covid-19 ini.

Beliau berkata, apabila kerajaan memperuntukkan ber-billion ringgit untuk menolong rakyat malaysia pada waktu yang sukar ini, ianya memerlukan masa dan strategi untuk memulihkan ekonomi seperti sedia kala.


"Pelbagai industri terjejas termasuk industri pelancongan, perhotelan, peruncitan serta pelaburan negara akibat daripada wabak covid-19 ini" katanya.


Sesetengah negara yang terjejas oleh wabak covid-19 ini mengatakan mereka memerlukan 9 hingga 1 tahun untuk memulihkan ekonomi negara masing-masing.


Beliau juga berkata kerajaan sedia mengadakan perbincangan dan menerima cadangan daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan usahawan mikro yang mendakwa tercicir daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIAN) kerana jumlahnya sangat besar dan sudah pasti ia di luar kemampuan kerajaan.


"Apapun kerajaan sentiasa terbuka kerana PKS ini peranannya besar iaitu lebih 60% yang bekerja dalam sektor PKS." katanya.


Setakat ini, terdapat kira-kira 907,000 usahawan tempatan di selurh negara.


Sumber: Bernama


18 views0 comments

Comentários


bottom of page