Naib presiden Ecuador, Otto Sonnenholzner meminta maaf atas kejadian meninggalkan mayat bertempiaran di jalan-jalan Guayaquil setelah Covid-19 merosakkan bandar pelabuhan itu dengan dahsyat.
Para penduduk Ecuador memuat naik beberapa video di media sosial mengenai mayat-mayat yang dibiarkan di Bandar Amerika Latin itu yang paling teruk terjejas oleh wabak covid-19.
Pihak berkuasa telah mengumpul sekurang-kurangnya 150 mayat di sepanjang jalan dan perumahan awal minggu ini.
Kredit video: NowThis Politics
"Kami telah melihat imej yang tidak sepatutnya berlaku dan sebagai kakitangan awam, saya meminta maaf di atas kejadian yang berlaku ini" katanya pada sidang media semasa ditanya mengenai kes covid-19 di negara tersebut.
Ecuador kini mencatatkan 3,646 kes positif covid-19 dan kematian sebanyak 180 orang dan 100 orang sembuh dari wabak ini.
Kerajaan sudah pun mengeluarkan perintah berkurung pada waktu malam.
Comentários