Satu kajian baru dari sampel udara berasal dari pesakit covid-19 dari dalam wad hospital dijumpai 13 kaki (4 meter) dari pesakit - 2 kali ganda dari panduan sah yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan (iaitu jarak 1 meter).
Keputusan awal penyiasatan yang dilakukan oleh penyelidik dari china itu diterbitkan pada hari Jumaat di Emerging Infectious Diseases, Jurnal Pusat Pengawasan dan Pencegahan Penyakit Amerika (CDC).
Para penyelidik, diketuai oleh Academy of Military Medical Sciences di Beijing, menguji permukaan dan sampel udara dari unit ICU dan wad biasa pesakit covid-19 di Hospital Hoshenshan, Wuhan. Mereka menempatkan 24 pesakit di antara 19 Feb - 2 Mac.
Mereka mendapati bahawa virus itu paling banyak tertumpu atau berkumpul di kawasan wad, mungkin kerana graviti dan aliran udara menyebabkan kebanyakan titisan virus terapung menjunam ke dasar.
Kemungkinan tinggi jangkitan juga mungkin datang dari permukaan yang selalu disentuh seperti keyboard dan computer mouse, tong sampah, pagar katil dan tombol pintu.
Selain itu, terdapat juga tapak kasut kakitangan perubatan ICU yang disahkan positif dan memberi kebarangkalian bahawa tapak kasut kakitangan perubatan ini merupakan salah satu punca kepada penyebaran.
Sumber penuh, klik sini: thedailystar
Comments