top of page
Writer's pictureMr Yalaitu

COVID-19: Apple dan Google bergabung untuk menghasilkan Teknologi mengesan jejak kenalan.

Kita tahu perkara ini sangat serius apabila dua pesaing gergasi ini membuat keputusan untuk berdamai sementara dan bersatu untuk menumpaskan musuh yang lebih menakutkan, Coronavirus COVID-19.


Untuk melaksanakan teknologi ini, kedua-dua gergasi Tech ini akan melancarkan penyelesaian komprehensif yang merangkumi teknologi API dan OS-level teknologi untuk membantu di dalam perkara di mana virus telah disahkan menyebar dengan pantas melalui perhubungan sesama manusia (human contact).


Teknologi ini akan melalui dua fasa; fasa pertama akan dilaksanakan pada bulan Mei di mana kedua-dua syarikat ini akan melancarkan API berkaitan yang dapat beroperasi di antara peranti Android dan IOS dengan menggunakan aplikasi yang diluluskan oleh pihak berkuasa kesihatan awam.

Setelah API ini selesai, Apple dan Google akan bekerjasama dalam membina

sebuah platform pengesanan kenalan yang dioperasi oleh Bluetooth dengan rangkaian yang lebih besar dan luas selain bekerjasama untuk fungsi serta tetapannya.


Apple dan Google akan bekerja keras dalam memastikan privasi, ketulusan dan persetujuan akan sentiasa menjadi prioriti utama.


Selain itu, Apple dan Google memanggil sesiapa saja dan kesemua developers dan shareholders yang berminat untuk membantu dan menjadi sebahagian daripada penyelesaian kepada pandemik covid-19 ini.


Sumber: Lowyat


18 views0 comments

Comments


bottom of page