top of page
Writer's pictureMr Yalaitu

COVID-19: Amaran musim "kemarau" ekonomi yang berpanjangan.

Updated: Apr 6, 2020

Nukilan dari FB saudara, Afyan Mat Rawi


Apabila kerajaan umumkan inisiatif bantuan pengeluaran KWSP selama 12 bulan, moratorium automatik selama 6 bulan, penangguhan bayaran takaful 3 bulan, tempoh PKP dilanjutkan sebulan serta segala macam pakej rangsangan ekonomi yang "no one will be left behind", hati kecil saya melihat ia sebagai mesej amaran untuk kita semua bagi menghadapi situasi yang lebih panjang.

Kerajaan berikan kita "bekalan awal" untuk kita bersedia kegawatan ekonomi berpanjangan.

Menurut kepada Saudara Afyan Mat Rawi yang juga merupakan seorang perunding kewangan, paling kurang ekonomi akan pulih dalam masa 12 bulan, itu pun belum tentu pulih sepenuhnya kerana ianya baru bermula.


1. Sekarang ramai yang terjejas pendapatan dan mungkin akan datang lebih ramai lagi. Yang belum terjejas, jangan selesa dengan kedudukan sedia ada. Jika kita tidak berjaga-jaga, kelak akan merana.


2. Ambil peluang untuk keluarkan wang KWSP RM500 sebulan untuk keperluan. Jika tiada keperluan, boleh juga dijadikan tabung kecemasan. Pastikan ia digunakan ketika kecemasan untuk keperluan, bukan untuk enjoy! RM500 X 12 = RM6,000 kita dapat simpan.


3. Dengan moratorium secara automatik juga kita boleh ambil kesempatan untuk tambah simpanan apabila tidak perlu membayar ansuran selama 6 bulan. Jika RM1,00 sebulan, 6 bulan kita dapat tambah lagi RM6,000. Jika RM2,000 maka dapat simpan lebih banyak.


4. Hutang kad kredit sangat tinggi kadar keuntungan yang bank ambil. Lagi tinggi daripada personal loan dan hutang lain. Bincang dengan bank untuk buat pengstukturan semula. Kemudian potong terus kad tersebut jika nak dapat impak drastik.


5. Kerajaan tak mampu untuk terus menerus menanggung bebanan ini jika keadaan bertambah teruk. Jadi untuk kita sama-sama ringankan beban kerajaan yang secara automatik juga bebanan kita, tolong patuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Kalau arahan semudah duduk diam di rumah / stay at home pun sukar kita patuhi, apatah lagi yang lain?


6. Selepas tempoh 6 bulan moratorium berakhir, kita kena bayar balik ansuran kita tadi. Jika pendapatan kita terjejas, usahakan untuk berbincang dengan bank jalan terbaik untuk atasinya. Jangan lari dari bank. Mereka boleh pertimbangkan untuk pengstukturan semula atau pembiayaan semula hutang. Ia disebut juga RNR, Refinance and Restructure. Utamakan dulu untuk resturcture balik hutang berbanding refinance.


7. Gunakan peluang berada di rumah untuk belajar memasak. Lepas habis tempoh PKP, boleh kekalkan makan masakan dari rumah berbanding makan luar. Ia jauh lebih menjimatkan. Selain itu, ia juga menyihatkan.


8. Dalam tempoh PKP ini juga, boleh belajar untuk bisnes online. Boleh mulakan dengan bisnes yang orang sedang cari sekarang seperti topeng muka, sanitizer, malah boleh juga perniagaan makanan. Atau paling kurang, jadi runner makanan dan barangan dapur. Boleh tambah duit dapur kita juga.


9. Belajar dan mula ajar anak-anak untuk belajar makan untuk hilangkan lapar, bukan untuk kenyang apatah lagi makan sedap. Lupakan McD dan KFC buat setahun dua ni.


10. Inilah masanya untuk buang segala macam bebanan kewangan yang ada. Langganan TV berbayar yang jarang sekali kita menonton, 2-3 bil postpaid, kad kredit 2-3 keping dan sebagainya.


11. Rumah dan kereta adalah kos paling besar dalam sesebuah keluarga. Makin besar saiz rumah dan kereta, makin besar komitmen dari segi sewa atau bulanannya. Jadi boleh juga plan secara perlahan-lahan untuk kecilkan saiz rumah dan kenderaan.


12. Masa yang panjang di rumah boleh gunakan untuk selongkar barang-barang, pakaian, perabot, alat elektrik dll samada kita benar-benar guna dan perlu atau sebenarnya ia dibeli sebab terpengaruh oleh jiran, makcik bawang atau wowshop! Jika ada yang boleh kita jual, Jual! Atau dermakan kepada yang memerlukan - Beban kurang, pahala pun dapat.


13. Bayangkan, hilang punca pendapatan pun kita risau memikirkan apa nasib anak-anak kita. Bayangkan pula kalau dengan kita-kita sekali hilang? Jadi, jika kita sedang berfikir untuk hentikan takaful untuk ringankan beban, fikir sekali lagi. Boleh buat pengstukturan semula polisi-polisi takaful. Buang manfaat yang kurang penting. Fokus kepada perlindungan. Rule of Thumb: Caruman rendah, perlindungan tinggi.


14. Bagi peniaga kecil dan SME, model sebelum ini sudah tidak lagi relevan pasca Covid-19. Pengguna akan lebih berhati-hati menggunakan setiap ringgit dan sen mereka. Jadi mahu tak mahu, perlu bersiap sedia untuk mengubah model bisnes yang bersesuaian.


15. Kita berada di akhir zaman. Covid-19, kemelesetan ekonomi, bencana, hutang, gaji dan segalanya adalah ketentuanNya. Doa mampu mengubahnya. Sepanjang PKP, biar kita lupa hari, tapi jangan lupa diri apatah lagi lupa Tuhan Maha Pemberi Rezeki.


Sumber: www.afyan.com - original post sini


108 views0 comments

Comments


bottom of page