Tambang-Termurah-Asia, AirAsia kini melancarkan e-commerce-nya sendiri khas untuk membantu peniaga-peniaga kecil yang terjejas akibat wabak covid-19 ini.
Bermula di Semenanjung Malaysia, melalui kempen Save Our Shops (SOS), AirAsia ingin membantu seramai mana peniaga kecil tempatan di tempoh yang sukar ini.
"Ramai peniaga kecil yang terjejas teruk disebabkan oleh krisis yang kita alami sekarang dan ini sangat memilukan. Jadi kami dari AirAsia ingin memainkan peranan kami dalam membantu peniaga-peniaga ini semana yang boleh." katanya dalam sebuah kenyataan.
Menerusi kempen SOS ini, AirAsia akan melancarkan platform OURSHOP e-commerce-nya dan dianjurkan di website airasia.com untuk pedagang dan peniaga.
Produk yang dibeli pelanggan melalui OURSHOP ini akan dihantar melalui cabang logistik dari AirAsia.
Kempen ini memerlukan merchants untuk mendaftar dengan zero-cost ( commission fees & product charges) untuk memaparkan produk mereka di OURSHOP di sepanjang bulan April ini.
Pedagang juga akan mendapat manfaat dari platform e-commerce ini dan manfaat melalui infrastruktur logistik penerbangan, katanya.
Walaubagaimanapun, kesemua peniaga akan dikenakan cas dari transaksi bank iaitu sebanyak 2% kepada setiap pembelian yang berjaya.
AirAsia berkata platform e-cmmerce ini membantu pedagang untuk menjual produk, barangan runcitm keperluan harian, makanan dan minuman, produk kecantikan mahupun barangan rumah dalam skala atau kuantiti yang besar.
Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi peniaga/pedagang (merchant) di OURSHOP, boleh daftar di www.ourshop.com/seller.
Sumber: NewStraitTimes
Comments