top of page
Writer's pictureMr Yalaitu

COVID-19: 51 kes baru, 99 sembuh, kematian kini 98

Malaysia merekodkan 51 kes positif pada hari ini Sabtu (25 April) menjadikan jumlah keseluruhan kes positif kepada 5,742.

99 orang sembuh dalam tempoh 24 jam ini menjadikan jumlah 3,762 orang sembuh dari covid-19 di Malaysia.


Kini hanya ada 1,882 kes aktif yang sedang dirawat di mana 36 orang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 16 orang memerlukan alat pernafasan.


Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah juga mengumumkan 2 kematian dicatatkan pada hari ini menjadikan jumlah kematian kepada 98 orang.


Kedua-duanya adalah warganegara malaysia, seorang lelaki dan wanita masing-masing berumur 62 tahun dan mempunyai masalah penyakit kronik.


Sumber: TheStar

22 views0 comments

Comments


bottom of page