5 kes pesakit covid-19 yang dilaporkan telah sembuh di kawasan Sandakan dan Kinabatangan telah dikesan positif semula selepas pemeriksaan susulan dijalankan 2 hari kemudian.
Rekod yang ditunjukkan pada 18 April dari Jabatan Kesihatan menunjukkan 19 pesakit di sandakan dan 16 pesakit dari kinabatangan telah sembuh.
Tetapi, jumlah tersebut di semak semula 2 hari kemudian di mana rekod menunjukkan Sandakan 17 orang sembuh manakala Kinabatangan 13 orang sembuh.
Untuk menjawab persoalan ini, Jabatan Kesihatan Sabah Datuk Dr Christina Rundi menerangkan bahawa kesemua pesakit sembuh selepas pemeriksaan susulan dijalankan 2 hari kemudian kecuali 5 orang pesakit - 2 orang dari Sandakan dan 3 orang dari Kinabatangan.
"Ianya sangat penting untuk memastikan mereka benar-benar dirawat berterusan sehingga pulih sepenuhnya." katanya pada Hari ini (Selasa 21 April)
Setakat hari ini Selasa 21 April, sabah mencatatkan 308 kes positif covid-19 dan 118 orang masih dirawat.
Sumber: TheStar
Comments