Seramai 44 orang pekerja di salah sebuah tapak pembinaan di Kuala Lumpur disahkan positif wabak covid-19.
Gambar sekadar hiasan.
CIDB Kuala Lumpur itu telah mengesahkan kes jangkitan covid-19 itu kepada Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menurutnya, kluster tapak pembinaan itu sudah dapat dikenal pasti kerana pihak kontraktor mematuhi SOP yang ditetapkan, iaitu untuk melakukan saringan covid-19 ke atas pekerja mereka sebelum dibenarkan beroperasi.
Namun setelah menjalankan saringan covid-19 ke atas semua pekerja, disahkan 44 pekerja positif covid-19 dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan. Pekerja yang mempunyai kontak rapat juga sudah dikuarantinkan.
Sumber dan berita penuh: HarianMetro
Comments