Jabatan kesihatan menemui kluster covid-19 yang baru di negara ini melibatkan 43 pelajar malaysia yang kembali dari Indoneisa.
"Kluster baru telah dikesan di pintu masuk antarabangsa KLIA di mana kes positif dijumpai di antara pelajar-pelajar tersebut yang kembali ke tanah air dari Indonesia pada 16 April" kata pengarah menteri kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.
Kluster ini berlaku apabila 43 pelajar yang kembali ke tanah air dari kawasan Temboro iaitu salah satu kawasan dari daerah Magetan, Indonesia yang disahkan sebagai zon merah.
Dari jumlah keseluruhan, 34 orang dikuarantin di Melaka dan 9 orang lagi dikuarantin di wilayah persekutuan.
Beliau berkata, mengkuarantinkan orang yang kembali ke tanah air adalah langkah yang bijak agar mereka yang kembali ini tidak menjangkiti rakyat malaysia yang lain.
Noor Hisham kemudiannya memberi maklumat mengenai data rakyat malaysia yang dikurantinkan dari luar negara yang kembali ke Malaysia.
Dalam kenyataan, beliau berkata jumlah kuarantin bagi mereka yang kembali ke tanah air dari luar negara adalah sebanyak 15,800 orang dan 11,725 orang masih dikuarantinkan. Dari jumlah ini, 1,041 orang adalah datang dari perhimpunan tabligh.
Dari individu yang dikuarantinkan ini, 8,410 orang telah diambil sampel dan 65 orang disahkan positif dari jumlah sampel tersebut.
Sumber: MalaysiaKini
Comments