top of page
Writer's pictureMr Yalaitu

COVID-19: 40,000 orang dikenalpasti perlu menjalankan pemeriksaan

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menerima data dari Kementerian Kesihatan mengenai hubungan, kenalan atau rangkaian setiap dari mereka yang positif covid-19 dan ianya melibatkan 40,000 orang termasuk yang mempunyai hubungan dengan peserta perhimpunan tabligh.

Ketua Polis Inspektor Tan Sri Abdul Hamid Bador mengatakan data dari Kementerian Kesihatan itu dianalisis oleh Jabatan Siasatan Jenayah (CID) yang diketuai oleh Datuk Huzie Mohamed untuk mengenal pasti mereka yang paling berisiko dijangkiti wabak ini.


Beliau berkata dari data yang diperolehi dari Kementerian Kesihatan itu, Pihak polis telah mengenal pasti beberapa tempat di mana terdapat beberapa individu dan kumpulan yang memerlukan mereka untuk membuat pemeriksaan ujian covid-19 ini.


Dari data yang diperolehi, pihak polis telah menapis dan menggunakan kaedah yang spesifik untuk mencari rangkaian hubungan rapat, mereka yang melancong dan kepada mereka yang paling berisiko di jangkiti wabak ini dengan cara mendapatkan informasi lengkap seperti alamat rumah, nombor telefon dan Kad Pengenalan mereka untuk diberi kepada Kementerian Kesihatan agar KKM dapat hubungi mereka yang berisiko dijangkiti untuk membuat pemeriksaan covid-19.


Beliau juga menegaskan kepada orang ramai agar tidak mengkritik dan menghina peserta-peserta tabligh kerana mereka juga adalah mangsa.


Secara keseluruhan mengikut rekod, 95% dari 11,000 peserta perhimpunan tabligh sudah menjalani pemeriksaan covid-19.


Sumber: TheSunDaily


174 views0 comments

Comments


bottom of page