Ringkasan Kes COVID-19 pada hari ini, 20 Mei 2020.
Gambar sekadar hiasan.
Kes baru dilaporkan oleh KKM hari ini adalah sebanyak 31 kes positif covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 7,009.
Jumlah kes aktif setakat ini adalah 1,189 sambil merekodkan jumlah kes sembuh pada hari ini meningkat kepada 60 menjadikan jumlah sembuh keseluruhan kepada 5,706.
Jumlah keseluruhan kes di ICU setakat hari ini adalah seramai 11 dan seramai 7 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.
Tiada kematian dicatatkan pada hari ini dan jumlah kematian kekal kepada 114.
Elakkan 3C (Crowded place, Confined space & Close conversation) dan amalkan 3W (Wash, Wear & Warn) dan terus patuh kepada S.O.P.
Comments