top of page
Writer's pictureMr Yalaitu

COVID-19: [29/3/20] 150 kes baru, 7 kematian baru hari ini (terkini)

Malang tak berbau, jumlah kematian kini meningkat ke 34 orang selepas 7 orang disahkan meninggal dunia pada hari ini dan 150 kes baru menjadikan jumlah kes positif covid-19 ke 2,470 kes yang direkodkan pada petang hari ini.

Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah berkata 68 orang sembuh dan dibenarkan pulang menjadikan jumlah sembuh dari wabak ini kepada 388 orang.


Beliau berkata 73 pesakit dirawat di ICU sementara 52 orang daripadanya memerlukan alat pernafasan pada ketika ini.


61 orang daripada 150 kes pada hari ini datang daripada perhimpunan Tabligh.


Sementara itu, kali ini seorang anak muda berumur 27 tahun adalah antara yang meninggal dunia pada hari ini dan direkodkan mempunyai sejarah penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan masalah buah pinggang sementara seorang lelaki berusia 37 tahun juga antara yang meninggal dan direkodkan mempunyai sejarah melancong ke India beberapa minggu yang lalu.


5 pesakit yang meninggal dunia adalah datang daripada golongan emas berumur 50 ke atas dan direkodkan sebanyak 55.6% mangsa covid-19 yang meinggal adalah dari golongan emas yang mempunyai masalah kronik seperti diabetes, hipertensi, masalah buah pinggang dan masalah jantung.


Dr Noor Hisham berkata pada sidang media hari ini, mereka menggalakkan orang ramai yang mempunyai kemahiran dalam perubatan untuk menjadi sukarelawan dalam menangani wabak covid-19 ini dan setakat hari ini (ahad, 29 Mac) seramai 157 sukarelawan telah tampil untuk menolong pasukan penolong perubatan covid-19. Selain itu, 1,008 perubatan profesional dijangkakan akan tambil untuk menolong pasukan perubatan di Hospital-Hospital.


Sumber: TheStar


12 views0 comments

Comentários


bottom of page