Menurut kepada sumber #MalaysiaKini yang dikemaskini pada jam 5:00 petang tadi, kini sebanyak 235 kes baru dilaporkan dan menambah jumlah kematian dari 21 kepada 23 sebentar tadi.
Dalam sidang media sebentar tadi, Dr Hisham (Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan) berkata sebanyak 16 orang sembuh dan dibenarkan keluar menjadikan jumlah sembuh kepada 215 orang.
Beliau berkata 45 orang masih dirawat di ICU sementara 32 orang memerlukan alat pernafasan sementara. Menurut kepada analisis dan siasatan, 60 orang dari 235 kes baru ini adalah berkaitan dengan perhimpunan tabligh dan 175 kes lagi masih dalam siasatan.
Dua lagi kematian sebentar tadi telah dikenal pasti seperti berikut:
Pesakit ke-1797 (Kematian ke-22)
Seorang Lelaki warganegara Malaysia berumur 48 tahun dari perhimpunan Tabligh. Beliau mempunyai hubungan rapat dengan pesakit yang positif kepada wabak ini yang hadir bersama-sama di perhimpunan Tabligh.
Pesakit ke-1840 (Kematian ke-23)
Seorang lelaki warganegara malaysia berumur 62 tahun yang mempunyai sejarah penyakit kronik sakit belakang. Menurut kepada Dr Hisham, beliau di rawat di Hospital Raja Perempuan Bainun di Ipoh, Perak pada 23 Mac dan meninggal pada 25 Mac. Beliau masih disiasat samada mempunyai kaitan dengan perhimpunan
Sementara itu, Dr Hisham yakin bahawa tiada frontliners kesihatan yang dijangkiti virus pada waktu ini dan mengaku terdapat 80 pekerja kesihatan yang positif covid-19 ini sejak tercetusnya wabak besar-besaran ini.
Beliau berkata 1,895 pekerja kesihatan telah menjalani saringan kesihatan sebentar tadi dan tiada kes positif, tetapi masih menunggu keputusan untuk 708 pekerja lagi.
Comentarios