top of page
Writer's pictureMr Yalaitu

COVID-19: [23/3/2020] Rekod 212 kes baru, jumlah kini 1,518 kes & 14 kematian

MALAYSIA kini mempunyai rekod 212 kes baru pada hari ini menjadikan jumlah positif virus COVID-19 ini kepada 1,518 dan jumlah kematian adalah 14 (4 kes kematian baru pada hari ini).

Malaysia mencatatkan 212 kes baru dalam tempoh 24 jam dan ini merupakan rekod tertinggi pernah direkodkan sepanjang tempoh wabak ini berlaku di Malaysia pada Januari 2020 lepas.


Sebelum ini, kes tertinggi pernah direkodkan adalah 190 kes dalam tempoh pada Mac 15.


Menurut Menteri kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, dari 212 kes, 123 kes adalah datang daripada perhimpunan tabligh di Sri Petaling, Kuala Lumpur yang dipercayai adalah punca tercetusnya penyebaran wabak COVID-19 besar-besaran di Malaysia.


Beliau juga mengatakan 4 lagi angka kematian berlaku pada hari ini, kematian direkodkan seperti berikut:


Pesakit ke-1,070 (Kematian Ke-11)

Lelaki warganegara Malaysia berumur 70 tahun yang mempunyai rekod melancong ke luar negara. Beliau dirawat di ICU di Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre (Canselor Tuanku Muhriz Hospital). Dia meninggal dunia pada 22 Mac.


Pesakit ke-1,114 (Kematian Ke-12)

Lelaki warganegara Malaysia berumur 70 tahun yang menghadiri perhimpunan Tabligh di Sri Petaling. Beliau dirawat di Hospital Kluang dan meninggal dunia pada 23 Mac.


Pesakit ke-1,006 (Kematian Ke-13)

Lelaki warganegara Malaysia berumur 49 tahun yang merupakan anak kepada pesakit ke-1,031. Beliau di rawat di Hospital Umum Sarawak dan meninggal dunia pada 23 Mac.


Pesakit ke-595 (Kematian Ke-14)

Wanita warganegara Malaysia berumur 51 tahun yang mempunyai hubungan rapat kepada peserta perimpunan tabligh. Beliau dirawat di Hospital Miri. Beliau meninggal dunia pada 23 Mac.

Noor Hisham juga mengatakan bahawa jumlah orang di ICU kini bertambah dari 46 ke 57.


Beliau juga menambah berita baik iaitu 20 pesakit kini sembuh menjadikan jumlah sembuh dari wabak COVID-19 ini dari 19 ke 159 kes.


Beliau akur adanya kekurangan pada Alat Perlindungan Diri (PPE) dikalangan pekerja kesihatan dan 3 juta set alat baru kini sudah diedarkan dan 33 juta alat baru akan menyusul pada minggu depan.


Noor Hisham menasihati orang awam mengenai kepentingan menjaga diri sendiri dan mengikut Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) sepenuhnya untuk membendung wabak COVID-19 ini.

Sumber: Malaysia Kini




19 views0 comments

Kommentare


bottom of page