Kini, dengan 208 kes baru pada hari ini menjadikan jumlah kes positif covid-19 kepada 3,116 (Mencecah angka 3) seperti yang dinyatakan oleh Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.
Ini merupakan kali kedua kes tertinggi mencapai 200 ke atas kes positif dalam masa 24 jam.
Sementara itu, kematian kini mencecah 50 orang dengan 5 kematian baru dicatatkan.
Pesakit yang dimasukkan ke ICU adalah sebanyak 105, lebih 3 orang sejak kelmarin.
Dari 105 orang, 54 orang memerlukan alat pernafasan, kurang 12 dari kelmarin.
Setakat ini, 1,407 orang yang disahkan positif adalah dari Sri Petaling perhimpunan tabligh.
10,00 orang dari tabligh disahkan negatif dan masih menunggu 3,973 orang masih menunggu keputusan.
Di sudut positif pula, 122 orang sembuh dan dibenarkan pulang, peratus paling tinggi setakat ini menjadikan sebanyak 767 orang sembuh dari wabak ini.
5 kematian pada hari ini adalah seperti berikut:
Pesakit ke-2,909 (Kematian ke-46)
Seorang lelaki warganegara malaysia berumur 37 tahun yang mempunyai sejarah penyakit kronik dan sistem imun yang rendah. Beliau dirawat di Hospital Sultan Aminah, Johor pada 26 Mac dan meninggal pada 31 Mac jam 11.10pm.
Pesakit ke-2,910 (Kematian ke-47)
Seorang lelaki warganegara malaysia berumur 78 tahun yang mempunyai sejarah penyakit hipertensi dan gout. Beliau dirawat di Hospital Khas Sultanah Fatimah, Johor pada 17 Mac dan meninggal pada 29 Mac, jam 7.10pm.
Pesakit ke-2,572 (Kematian ke-48)
Seorang lelaki warganegara malaysia berumur 85 tahun yang mempunyai sejarah penyakit diabetes, hipertensi dan masalah jantung. Beliau dirawat di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Johor pada 29 Mac dan meninggal pada 8.01am pagi ini.
Pesakit ke-1,273 (Kematian ke-49)
Seorang lelaki warganegara malaysia berumur 61 tahun yang mempunyai hubungan dengan pesakit ke-2,107. Beliau dirawat di Hospital Awam Sarawak pada 20 Mac dan meninggal pada 3 April jam 8.36pm.
Pesakit ke-1,767 (Kematian ke-50)
Seorang lelaki warganegara malaysia berumur 69 tahun yang dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar, Negeri Sembilan pada 22 Mac. Beliau meninggal pada jam 2.20pm hari ini.
Sumber: MalaysiaKini
Comments