Menurut kepada suratkhabar Vietnam News pada 6 April lalu, Penyelidik Vietnam mendapati coronavirus yang menyebabkan wabak covid-19 kini sedang berkembang dan dibahagi kepada 2 jenis kumpulan di negara tersebut.
Beberapa warga vietnam yang positif covid-19 dijangkiti dari negara eropah manakala sekumpulan lagi adalah dari negara-negara asia. Dan penyelidik vietnam mengatakan jenis covid-19 di Eropah dan yang dijumpai di Asia adalah berbeza, kata Le Thi Quynh Mai, Timbalan Pengarah di Institut Nasional Hygiene dan Epidemiologi.
Penyelidikan dari institut tersebut belum menunjukkan keputusan mana satu dari dua kumpulan virus ini yang lebih bahaya dan mudah dijangkiti kerana penyebaran virus ini bergantung kepada persekitaran, geograpi dan karakteristik seseorang dan mengatakan ini mungkin boleh menbantu para saintis dunia untuk mendapatkan vaksin setelah ianya sepenuhnya dikenalpasti.
Vietnam kini mempunyai 245 kes positif wabak ini dan tiada kematian dicatatkan setakat ini.
Sumber: VietnamNews
Comments