top of page
Writer's pictureMr Yalaitu

COVID-19: 18 doktor mati di Indonesia

Persatuan Perubatan Indonesia (PPI) merekodkan 18 doktor yang merawat pesakit covid-19 telah meninggal setakat Ahad (5 April).

Para doktor disahkan positif setelah diuji dan dimasukkan ke dalam bilik pengawasan virus itu, kata Jurucakap Halik Malik.


PPI percaya bahawa mereka dijangkiti semasa merawat pesakit covid-19 ini di Hospital.


Salah satu punca kepada berlakunya hal seperti ini adalah disebabkan kekurangan alat perlindungan kepada paramedik dan pihak Hospital di mana usaha telah dijalankan bertubi-tubi namun terlambat.


Kementerian Kesihatan Indonesia merekodkan 7 kematian baru pada Ahad (5 april, Hari ini) menjadikan jumlah kematian kepada 198. Manakala, 181 kes baru dilaporkan menjadikan jumlah kes covid-19 itu kepada 2,273 di negara tersebut.



175 views0 comments

コメント


bottom of page