top of page
Writer's pictureMr Yalaitu

COVID-19: 159 kes baru, 1 kematian (terkini)

Menurut kepada pengarah kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah 159 kes baru disahkan positif menjadikan jumlah 2,320 kes positif covid-19 pada waktu ini, dan 1 kematian menjadikan jumlah kematian kepada 27 orang.

Seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 61 tahun dari Johor menjadikan jumlah kematian meningkat dari 26 ke 27 orang.


Lelaki tersebut meninggal pada jam 10.50am kelmarin dan dipindahkan dari Hospital Tangkuk Johor ke Hospital Pakar Sultanah Fatihmah minggu ini.


Beliau turut berkata 61 orang dibenarkan pulang menjadikan jumlah sembuh untuk wabak ini kepada 320 orang. Jumlah kes yang dirawat di ICU pula masih kekal kepada 54 orang.


Dr Noor Hisham memperingatkan kepada orang awam untuk sentiasa ingat peranan masing-masing dan sentiasa patuh kepada arahan kerajaan mengenai RMO, elakkan perjumpaan, jarakkan diri dengan orang lain, sentiasa bersihkan diri kerana peningkatkan positif wabak di negara ini selain dari perhimpunan tabligh juga meningkat.


Beliau merayu kepada peserta perhimpunan tabligh untuk datang tampil ke Hospital bagi mendapatkan ujian covid-19, kerana masih terdapat sekurang-kurangnya 5,084 orang yang masih belum datang melakukan ujian.


"Kami telah melakukan ujian kepada 17,584 peserta tabligh - 1,207 positif, 6,648 negatif dan 4,645 masih menunggu keputusan" katanya.


Ianya dilaporkan seramai 16,000 peserta dalam perhimpunan tabligh dan 14,500 daripadanya adalah rakyat Malaysia.


6 views0 comments

Comments


bottom of page