Malaysia hari ini mencatatkan 153 kes positif covid-19 yang baru menjadikan jumlah kes terkini adalah 4,683 menurut kepada Pengarah Kementerian Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.
Sementara itu, 3 kematian baru dicatatkan menjadikan jumlah kematian kepada 76 orang.
113 orang sembuh pada hari ini menjadikan jumlah kesembuhan kepada 2,108, iaitu sebanyak 45% dari jumlah kes.
Bermaksud, jumlah kes aktif pada waktu ini adalah 2,499.
66 orang berada di dalam Unit Kawalan Rapi (ICU), 37 daripadanya perlukan alat pernafasan.
Berikut merupakan rekod kematian:
Pesakit ke-4,531 (kematian ke-74)
Seorang lelaki warganegara malaysia berumur 54 tahun yang mempunyai sejarah penyakit diabetes, tekanan darah tinggi dan masalah buah pinggang. Beliau dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar seremban, N9 pada 11 April dan menigngal dunia pada 12 April pada jam 1.50am.
Pesakit ke-3,469 (kematian ke-75)
Seorang lelaki warganegara malaysia berumur 90 tahun yang mempunyai sejarah penyakit diabetes, tekanan darah tinggi dan masalah jantung. Beliau dirawat di Hospital Taiping, Perak pada 1 April dan meningal dunia pada 12 April jam 5.23am.
Pesakit ke-4,314 (kematian ke-76)
Seorang wanita warganegara malaysia berumur 47 tahun yang mempunyai sejarah penyakit tekanan darah tinggi. Beliau dirawat di Hospital Awam Sarawak pada 8 April dan meninggal dunia pada 12 April jam 7.36am.
Kementerian Kesihatan dan kami rakyat malaysia mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa.
Comentarios