top of page
Writer's pictureMs Okbaitu

COVID-19: 15 penduduk kampung positif selepas membuka keranda

SIDOARJO: Seramai 15 penduduk di Kampung Jati Mukim Waru, Sidoarjo di Indonesia disahkan dijangkiti pandemik koronavirus (COVID-19) selepas membuka keranda mayat pesakit COVID-19 di sini.

Kredit foto: AstroAwani


Menurut laporan Detik News: Gabenor Jawa Timur, Khofifah Indar Parawansa melahirkan rasa kecewa terhadap kejadian yang berlaku itu di mana kejadian tersebut mengakibatkan beberapa penduduk di sebuah mukim di Waru mati akibat covid-19, kerana bukan sahaja keluarganya membuka keranda, bahkan memandikan mayat tersebut sehingga ada yang dijangkiti.

Khofifah berharap kejadian seperti itu tidak berulang kerana proses pengebumian mayat pesakit positif COVID-19 sangat ketat.


"Mudah-mudahan tidak akan ada upacara seperti itu lagi," katanya.


Sementara itu Pemangku Bupati Sidoarjo, Nur Ahmad Syaifuddin mengatakan dia agak lewat menerima maklumat tersebut.


Nur Ahmad mengakui sememangnya berlaku kecuaian kerana sepatutnya pekerja kesihatan yang memakai pakaian khas yang mengebumikan pesakit positif covid-19 ini. Kerana keranda tidak boleh dibuka dan pengebumian tidak boleh lebih dari empat jam.

Ujarnya, selepas kejadian itu, pasukan petugas perubatan telah melakukan ujian pantas dan ujian swab kepada penduduk di sini.


"Akibatnya,15 orang disahkan positif COVID-19 dan mukim ini menjalani kuarantin yang sangat ketat," katanya. -Agensi


Sumber: Astro Awani

333 views0 comments

Comments


bottom of page