top of page
Writer's pictureMr Yalaitu

COVID-19: 15 Kes baru di sabah, menjadikan jumlah kes 197.

Sabah kini telah merekodkan 15 kes positif covid-19 kelmarin, menjadikan jumlah positif disebabkan wabak ini kepada 197.

Kementerian Kesihatan mengatakan 4 kes baru dilaporkan di daerah Tawau dan 4 kes baru di daerah Sandakan.


Manakala, 3 kes di Kinabatangan dan 3 kes di Kota Kinabalu sementara Keningau 1 kes mencatatkan kes covid-19 yang pertama berlaku di daerah Keningau.


Dengan 4 kes baru yang berlaku di Tawau, daerah ini menjadi daerah tertinggi yang mempunyai kes positif wabak ini.

Kini, sabah menduduk tempat keempat negeri paling terjejas dengan wabak ini iaitu sebanyak 197 selepas Selangor (579 kes), Kuala Lumpur (344 kes) dan Johor (385 kes).


Kes sebaliknya, Labuan merekodkan 5 kes baru kelmarin, menjadikan jumlah 10 kes di Wilayah tersebut.


20 views0 comments

Comments


bottom of page