top of page
Writer's pictureMr Yalaitu

COVID-19: 147 orang lari dari pusat kuarantin

147 orang lari dari pusat kuarantin dan kebanyakannya dari sektor pembinaan, kata Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

"Kesemua mereka diuji negatif namun mereka hendaklah dikuarantin selama 14 hari" katanya semasa bercakap pada sidang media hari ini, 6 mei.


Dilaporkan 7 warga asing melarikan diri dari pusat kuarantin di institusi pendidikan di Kuala Lumpur.


Kehilangan warga asing ini disedari sekitar jam 10 pagi 4 mei selepas doktor memeriksa pesakit sekeliling.

Dipercayai warga asing yang melarikan diri adalah warga Indonesia dan Bangladesh yang tinggal bersama-sama kawan yang positif covid-19 di rumah agam Selangor, Menara City One dan Kampung Baru.


Sumber dan berita penuh: TheStar


38 views0 comments

Comments


bottom of page