top of page
Writer's pictureMr Yalaitu

COVID-19: 130 kes baru, jumlah kematian meningkat ke 26 orang (terkini)

Jumlah kematian di Malaysia akibat wabak COVID-19 ini kini meningkat ke 26 orang.

Kebanyakan pesakit yang meninggal adalah datang daripada warga emas dan mempunyai sejarah penyakit kronik, kata kementerian kesihatan hari ini (Mac 27).


Datuk Dr Noor Hisham berkata jumlah kes baru pada hari ini adalah sebanyak 130 kes menjadikan jumlah keseluruhan positif wabak covid-19 ini kepada 2,161. ]


Beliau berkata pesakit ke-2,102 kematian ke-25 adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 83 tahun yang mempunyai masalah penyakit kronik yang dialaminya. Beliau dirawat di Hosptial Raja Bainun pada Rabu (25 Mac) dan meninggal pada jam 6.55pm, Khamis (26 Mac).


Pesakit ke-1,321 pula adalah kematian yang ke-26, seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 53 tahun. Pesakit ini mempunyai hubungan pada pesakit Ke-1,309. Beliau di rawat di Hospital Sungai Buloh pada 22 Mac dan meinggal pada jam 10.30am hari ini (jumaat).


Dr Noor Hisham juga berkata masih ada 54 pesakit yang masih dirawat di ICU, 34 daripadanya memerlukan alat pernafasan untuk bernafas.

6 views0 comments

Comments


bottom of page