top of page
Writer's pictureMs Okbaitu

COVID-19: 110 kes baru, 1 kematian (terkini)

Hari ini, hari kedua dalam Fasa 3 PKP 16/4/2020 merekodkan 110 kes baru covid-19 menjadikan jumlah kes kepada 5,182.



Datuk Dr Noor Hisham Abdullah selaku pengarah kementerian kesihatan juga memaklumkan 119 kes sembuh pada hari ini dan dibenarkan pulang menjadikan jumlah sembuh sebanyak 2,766.


"Setakat ini, 2,766 kes sembuh dan 2,332 kes aktif dan purata kesembuhan di Malaysia meningkat kepada 53.4% melebihi kes aktif" katanya.


56 pesakit berada di unit ICU sementara 29 daripadanya memerlukan alat pernafasan.


1 kematian dicatatkan pada hari ini menjadikan jumlah kematian kepada 84 orang. Beliau merupakan seorang warganegara malaysia berumur 66 tahun yang mempunyai masalah jantung dan tekanan darah tinggi. Beliau dirawatt di Hospital KL pada 12 April dan diumumkan meninggal pada 15 April, 12.55pm


Pihak KKM dan rakyat malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga.


Sumber: TheStar

23 views0 comments

Comments


bottom of page