top of page
Writer's pictureMr Yalaitu

COVID-19: [03/04/20] 217 kes baru, 3 kematian, 60 sembuh (terkini)

Updated: Apr 4, 2020

Laporan terkini dari MalaysiaKini mengatakan terdapat 217 kes baru sejak tenghari tadi menjadikan jumlah kes positif covid-19 di negara ini kepada 3,333.

Ini merupakan hari kedua berturut-turut kes mencecah 200 ke atas dilaporkan dan juga merupakan kedua tertinggi dalam masa 24 jam. Sebelum ini jumlah paling tinggi dicatatkan dalam masa 24 jam adalah sebanyak 235.


58 orang dari 217 kes adalah daripada peserta perhimpunan tabligh, sri petaling.


3 kematian pada hari ini adalah seperti berikut:


Pesakit ke-2,561 (Kematian ke-51)

Seorang wanita warganegara malaysia berumur 84 tahun yang mempunyai sejarah penyakit jantung. Beliau dirawat di Hospital Sungai Buloh pada 12 Mac dan dipindahkan ke Institut Jantung Negara. Beliau meninggal dunia pada jam 1.07pm kelmarin.


Pesakit ke-2,122 (Kematian ke-52)

Seorang lelaki warganegara malaysia berumur 52 tahun. Beliau dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan pada 18 Mac dan meninggal pada 7.55am hari ini.


Pesakit ke-2,034 (Kematian ke-53)

Seorang lelaki warganegara malaysia berumur 73 tahun yang mempunyai sejarah masalah diabetes, hipertens, masalah jantung dan hati. Beliau dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak pada 24 Mac dan meninggal dunia pada 9.30am hari ini.


Sementara itu, pegawai kesihatan yang disahkan positif covid-19 masih kekal 138 orang.


3,000 orang masih menunggu keputusan dan setakat ini, 108 orang berada di ICU dan 54 orang menggunakan alat pernafasan.


Di sudut positif pula, 60 orang sembuh dan dibenarkan pulang menjadikan jumlah sembuh dari wabak ini kepada 827 orang.


Sumber: MalaysiaKini

8 views0 comments

Comentarios


bottom of page