Pengarah Kecemasan Persatuan Kesihatan Sedunia atau World Health Organization (WHO), Dr Mike Ryan bercakap pada sidang media pada Rabu 13 mei mengatakan jangkaan virus ini akan hilang masih samar dan memberi amaran kepada dunia bahawa virus ini mungkin tidak akan hilang untuk satu jangka masa yang lama.
Kredit foto: StatNews
Jika vaksin ditemui, mengawal virus ini memerlukan usaha besar-besaran.
Hampir 300,000 orang seluruh dunia dilaporkan mati akibat coronavirus dan lebih dari 4.3 juta kes rekodkan.
Sementara itu, Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memperingatkan bahawa wabak ini menimbulkan masalah dan kesihatan mental yang meluas - terutama di negara-negara di mana terdapat kekurangan dalam penjagaan kesihatan mental. PBB mendesak kerajaan untuk mempertimbangkan mengenai kesihatan mental sebagai sebahagian daripada tindak balas mereka secara keseluruhan.
"Ianya penting untuk mengemukakan perkara ini kepada umum: virus ini akan menjadi salah satu sejarah pandemik di kalangan kita dan virus ini mungkin tidak akan hilang" kata Dr Ryan kepada sidang media di Geneva.
"HIV belum hilang sepenuhnya - tetapi kita telah memahami virus ini dan mempunyai penyelesaiannya apabila seseorang dijangkiti."
Dr Ryan juga berkata beliau tidak percaya sesiapa pun yang boleh menjangka bila virus ini akan hilang.
Setakat ini, terdapat lebih dari 100 vaksin yang berpotensi dalam pemprosesan, namun Dr Ryan juga mengaku terdapat penyakit seperti campak, yang masih belum hilang sehingga kini walaupun sudah mempunyai vaksin.
Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus tertekan dengan keadaan yang hampir menjangkaui mereka dalam mengawal virus ini.
"Beban berada di tangan kami dan ianya juga tanggungjawab semua orang, kita harus bekerja sama dan memberi sumbangan sepenuhnya dalam menghentikan pandemik ini." katanya.
Ahli epidemiologi WHO, Maria Van Kerkhove juga berkata pada sidang media: "Kita harus bermula simpan di dalam mindset kita bahawa pandemik ini mungkin bersama dengan kita untuk satu jangka masa yang lama."
Sumber: BBC News
Comments