top of page
Writer's pictureMr Yalaitu

7 cara TERBAIK untuk menjadi diri anda yang baru!

Updated: Mar 1, 2020

UBAH Kehidupan anda ke arah lebih positif! Ramai dari kita sudah biasa dengar perkataan ini namun hakikatnya sebagai orang dewasa, ternyata lebih susah untuk melakukannya tetapi kena ingat, ianya TIDAK MUSTAHIL!

Bagaimanapun, mengubah kehidupan anda bermakna melangkah keluar dari zon selesa dan merangkul tabiat baru untuk memperbaiki gaya hidup anda secara keseluruhan. Jika anda sudah bersedia untuk membuat perubahan yang positif, scroll ke bawah untuk mengetahui perkara-perkara kecil yang boleh dilakukan dalam rutin harian anda dan percaya-lah secara automatiknya hidup anda berubah. Jom!


1. HENTIKAN TABIAT BURUK

Ramai orang mungkin tidak melihat tabiat sebagai satu faktor kejayaan peribadi tetapi kebenarannya ialah tabiat (baik atau buruk) mengetuai kehidupan harian kita. Selain menerapkan tabiat yang baik dalam kehidupan anda, sebahagian daripada transformasi termasuk meninggalkan tabiat yang buruk. Lewat tidur, makan snek selepas waktu tertentu atau/dan kerap merokok/vape pada bila-bila masa subuh, pagi, tengahari, petang, malam, lewat malam? Pilihlah untuk menghentikan (atau dikurangkan terlebih dahulu) satu tabiat buruk anda pada tahun 2020 ini dan lihat kehidupan anda berubah menjadi lebih baik!


2. BERMULALAH FOKUS KEPADA KEJAYAAN

Ini adalah perkara yang rumit bagi anda. Apakah maksud kejayaan bagi anda? adakah ianya peribadi atau untuk orang tersayang anda? sebuah keluarga yang sihat? suatu kerjaya yang seimbang atau mempunyai wang yang secukupnya untuk bersara? Apa pun sebabnya, pertimbangkan maksudnya terhadap diri anda dan berusaha kuat untuk mencapainya dan bukannya mengikuti buta-buta idea kejayaan orang lain.


3. ERATKAN HUBUNGAN ANDA DENGAN ORANG SEKELILING.

Sama ada dengan keluarga atau rakan, hubungan anda memainkan suatu peranan yang besar dalam kejayaan peribadi dan peningkatan diri sendiri. Bermulalah luangkan masa untuk membuat satu panggilan atau teks orang yang anda sayangi dan tanyakan khabar. Sokongan dan galakan kecil boleh menjadi sangat bermakna kepada seseorang. Jadilah orang yang menyebarkan kasih-sayang dan kegembiraan bermula sekarang.


4. GANTIKAN RUNGUTAN DENGAN KESYUKURAN

Penyelidikan menunjukkan bahawa rasa syukur biasanya dikaitkan dengan optimistik dan orang yang beras lebih bersyukur adalah lebih bahagia, kurang tertekan dan menerima lebih banyak sokongan sosial daripada orang lain. Belajar untuk menjadi lebih bersyukur juga meningkatkan empati dan mengurangkan keagresifan. Ia juga memainkan peranan penting dalam memperbaiki kesihatan fizikal dan mental kita.


5. BINA PEMIKIRAN YANG POSITIF

Rahsia untuk mengubah kehidupan anda adalah untuk mempercayai bahawa anda sebenarnya boleh melakukannya. Pasti, pemikiran positif sahaja tidak akan membawa anda ke mana-mana tetapi ia adalah batu loncatan untuk berjaya. Berupaya untuk berfikir secara positif meningkatkan kekuatan mental dan memberikan anda mekanisme penahanan yang lebih baik dalam menghadapi kesukaran atau tekanan.


6. TETAPKAN MATLAMAT


Anda sudah bersedia untuk mengubah kehidupan anda tetapi tidak pasti di mana untuk bermula? Mulakan dengan mengembangkan matlamat yang realistik yang dapat meningkatkan aspek kehidupan anda. Cuba formula:


SMART - Specific, Measure, Achieve, Realistic and Time


..apabila membuat keputusan. Mulakan dengan matlamat yang kecil tetapi boleh dicapai supaya anda tidak berasa terlampau tetekan.


7. AMALKAN KEBAIKAN

Ia tidak selalunya dianggap sebagai suatu tabiat yang harus dipupuk, bagaimanapun, mempraktikkan kebaikan dan menjadikannya sebahagian daripada kehidupan harian anda adalah langkah yang sangat baik untuk pertumbuhan dan perkembangan peribadi. Setiap kali anda berada dalam keadaan di mana anda bergelut untuk bertindak baik kepada orang lain, cuba letakkan diri anda di dalam situasi orang lain.


"Fikirkan bagaimana perasaan anda jika berada dalam posisinya?"


Dan pertimbangkan bagaimana anda ingin diperlakukan dalam keadaan yang sama.

15 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page