Ada 6 kriteria yang harus dipenuhi sebelum kerajaan membuat keputusan untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata 6 kriteria ini sangat penting untuk menamatkan penyebaran covid-19 di kalangan masyarakat dan Malaysia.
Yang pertama adalah kawalan sempadan - Ada kemungkinan kita tidak dapat menamatkan PKP ini jika ramai orang dari luar negara masuk ke malaysia. Jadi kita mesti melakukan pembukaan secara berperingkat kerana jika kita tidak melakukan ini, kemungkinan besar mereka dari luar negara akan membawa masuk virus ke malaysia.
Yang kedua adalah kawalan pergerakan - Selain daripada menjaga jarak, kemungkinan mereka yang tidak berkaitan mengenai sektor ekonomi teruskan kekal di rumah.
Yang ketiga adalah memperbaiki dan mempertingkatkan sistem penjagaan kesihatan - terutama dari segi naik taraf makmal, meningkatkan kuantiti wad dan Unit Kawalan Rapi (ICU).
Yang keempat adalah mempertingkatkan perlindungan kepada golongan senang-jangkit - Seperti warga emas, golongan OKU, mereka yang menjalani kemoterapi dan mereka yang menghidap penyakit kronik.
Yang kelima adalah mempraktikkan "new-normal" sebagai tabiat harian - Social Distancing, sentiasa membasuh tangan atau memakai hand sanitizer dan mengelak dari berkumpul atau menghadiri mana-mana perhimpunan.
Yang keenam adalah bekerjasama dengan masyrakat untuk melaksanakan langkah-langkah pencegahan: awareness, kempen dll.
Walaubagaimanapun, kementerian masih di dalam perbincangan mengenai 6 kriteria ini.
Sumber: NewStraitTimes
Comments