Kejadian yang berlaku di Gompak, Selangor itu melibatkan dua suspek yang telah melakukan merompak di salah sebuah pasaraya di kawasan berkenaan.
Pembantu Commander OCPD Gombak, Arifai Tarawe berkata pihak polis telah berjaya menahan kedua-dua suspek di mana suspek pertama seorang lelaki berusia 30 tahun dijumpai di Taman Bersatu, Rawang pada jam 9 malam hari sabtu (18 April). Suspek dijumpai ketika pihak polis melakukan rondaan di sekitar kawasan tersebut di mana suspek kelihatan mencurigakan di atas sebuah motor dan cuba melarikan diri sebaik sahaja nampak polis rondaan.
Siasatan polis seterusnya menjumpai suspek kedua berumur 35 tahun di Batu 16, Rawang dan mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai pekerjaan dan mempunyai rekod jenayah yang lepas.
Pihak polis juga berjaya merampas wang tunai bernilai RM2,000 dipercayai hasil rompakan di pasar raya tersebut dan menggunakan motosikal sebagai kenderaan semasa rompakan.
"Dengan penangkapan 2 suspek ini, kami percaya kes ini sudah selesai" katanya sambil menambah video rakaman mengenai rompakan tersebut yang viral di media sosial banyak membantu dalam kes ini.
Kes disiasat sebagai rompakan kumpulan, rompakan bersenjatan dan melanggar peraturan PKP.
Sumber: TheStar
Comments