COVID-19: Tidak ada di dunia ini yang terjadi secara kebetulan. Semua ada tujuan dan hikmah. Ini merupakan sedikit hikmah di sebalik kejadian COVID-19.
1. COVID-19 menutup bar, kelab malam, tempat pelacuran, kasino dan tempat-tempat orang berbuat maksiat.
2. COVID-19 menurunkan harga minyak, barangan, kadar pinjaman wang dari bank, memberi diskaun kepada bil-bil dan sebagainya.
3. COVID-19 memberi ruang kepada ahli keluarga untuk bersama di dalam rumah dan melakukan aktiviti bersama orang tersayang.
4. COVID-19 mengurangkan pencemaran sungai, laut dan sampah di merata tempat.
5. COVID-19 melemahkan para pemerintah dunia yang selama ini bersikap sombong, tamak dan pentingkan diri.
6. COVID-19 menjatuhkan kesombongan negara yang menganggap dirinya paling hebat dan tak boleh dikalahkan.
7. COVID-19 menyedarkan manusia untuk mula mengingati Tuhan & berdoa dan berhadap kepada-Nya dan bukan hanya bergantung kepada sains dan teknologi semata-mata.
8. COVID-19 mengajar manusia untuk melihat dan mengambil berat mengenai insan disekeliling mereka.
9. COVID-19 mengajar kita untuk sentiasa menjaga kebersihan badan, cara bersin, menguap dan batuk dengan baik dan sopan.
10. COVID-19 mengajar kita untuk tinggal di rumah, berfikir mengenai diri anda dan hidup sederhana serta bersyukur terhadap banyak perkara.
11. COVID-19 mengajarkan kita bagaimana virus kecil berukuran 150 nano mampu mengalahkan raturan ribu orang yang hidup di bumi.
12. COVID-19 memberi kesempatan kepada kita untuk menyedari bahawa kematian itu nyata dan sentiasa dekat dengan kita.
13. COVID-19 mengajar kita agar lebih berhati-hati semasa berada di luar rumah.
14. COVID-19 menyedarkan kita kepada kenyataan dan memberi kita kesempatan untuk meminta pengampunan dan pertolongan dari-Nya.
15. COVID-19 menyedarkan kita bahawa apa yang kita miliki adalah milik Tuhan dan Dia juga boleh mengambilnya pada bila-bila masa.
Sumber: Whatsapp Group
Comments