Saintis dan penyelidik perubatan mempunyai pendapat berbeza mengenai maksud di sebalik pandemik tetapi satu perkara yang pasti ayat ini menggambarkan fenomena kejadian penyakit yang meluas dan tersebar di sesuatu kawasan ke kawasan yang lain.
Cholera, wabak Bubonic, Smallpox dan Influenza adalah beberapa wabak pembunuh yang paling dahsyat pernah berlaku di sejarah kemanusiaan. Wabak penyakit yang menyebar ke sempadan antarabangsa dipanggil Pandemik, terutama smallpox, yang membunuh di antara 300-500 juta orang di seluruh dunia sepanjang kewujudannya selama 12,000 tahun.
Bagaimana pula dengan COVID-19? (Sejenis coronavirus yang baru)?
Bermula pada December 2019, daerah Wuhan, China, sejenis coronavirus yang baru, mula muncul dan menjangkiti manusia. Ianya dinamakan COVID-19, nama pendek untuk "Coronavirus Disease of 2019". Virus baru ini tersebar dengan sangat laju diantara manusia disebabkan masih baru dan sangat aktif - tiada sesiapa di bumi ini mempunyai imuniti kepada covid-19 kerana tiada siapa yang dijangkiti sehingga tahun 2019. Selepas berlakunya kes pertama di Wuhan, China dalam masa sekelip mata selama sebulan ianya merebak ke seluruh dunia. World Health Organization (WHO) mengisytiharkan covid-19 sebagai sebuah pandemik. Dalam masa 4 bulan setengah (December 2019 - April 2020) sejak covid-19 mula merebak ke seluruh dunia, rekod kini menunjukkan lebih dari 1 JUTA dijangkiti dan 90 RIBU mati akibat wabak ini dan ianya baru bermula.
Dengan terjetusnya pandemik covid-19 ini, orang ramai dari seluruh dunia mula mengamalkan amalan berjaga-jaga seperti kerap mencuci tangan, menjaga jarak antara satu sama lain dan lain-lain lagi. Kebanyakan negara kini mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) - sekolah tutup, bisnes tutup, tempat awam tutup dan lain-lain lagi. Beribu-ribu syarikat dan penyelidik persendirian mula untuk membuat ujian, rawatan demi menghasilkan vaksin.
Kerja keras hingga melampaui batas untuk menyelamatkan umat manusia seluruh dunia.
Bila ia akan berakhir? Ianya susah diramalkan.
Tetapi kita boleh mengambil iktibar dari beberapa contoh wabak berbahaya sebelum ini sebagai persediaan bagi kita untuk selamat dari wabak pembunuh ini.
1. PANDEMIK HIV / AIDS (2005-2012)
Jumlah kematian: 36,000,000+
Penyebab: HIV/AIDS
Dikenalpasti buat kali pertama di Democratic Republic of the Congo pada tahun 1976, Virus ini membunuh lebih dari 36 juta orang sejak tahun 1981. Kini terdapat antara 31 dan 35 juta orang yang hidup dengan HIV, kebanyakannya berada di Sub-Saharan, Africa, di mana 5% daripada populasi dijangkiti, kira-kira 21 juta orang. Tahun demi tahun, akhirnya rawatan atau vaksin telah berjaya diwujudkan yang menjadikan HIV jauh lebih mudah diurus & dihapuskan. Antara tahun 2005 dan 2012 kematian global tahunan dari HIV / AIDS turun daripada 2.2 juta kepada 1.6 juta.
2. PANDEMIK FLU (1968)
Jumlah kematian: 1,000,000+
Penyebab: Influenza
Pandemik Flu atau juga dikenali sebagai "The Hong Kong Flu" ini merupakan sejenis pandemik yang tercetus dari Virus H3N2 dari Virus Influenza A, cabang genetik dari H2N2. Kes pertama direkodkan adalah pada 13 Julai 1968 di Hong Kong, Ia hanya mengambil masa 17 hari selepas kes pertama merebak ke negara Singapura dan Vietnam, dan selepas 3 bulan merebak ke Filipina, India, Australia, negara-negara Eropah dan Amerika. Walaupun pandemik tahun 1968 ini mempunyai kadar kematian yang rendah (.5%), ia masih mengakibatkan kematian lebih daripada sejuta orang, termasuk 500,000 penduduk Hong Kong, kira-kira 15% populasi penduduk Hong Kong pada masa itu.
3. ASIAN FLU (1956-1958)
Jumlah kematian: 2,000,000+
Penyebab: Influenza
Flu Asia adalah wabak pandemik dari Influenza A, jenis H2N2, yang berasal daru China pada tahun 1956 dan berakhir pada tahun 1958. Sepanjang 2 tahun berleluasa, Flu Aisa ini telah merantau dari daerah Guizhou, China ke negara-negara seperti Singapura, Hong Kong dan Amerika. Anggaran kematian menurut WHO adalah sekurang-kurangnya 2 juta kematian, 69,800 daripadanya adalah dari Amerika.
4. PANDEMIK FLU (1918)
Jumlah kematian: 20,000,000+ - 50,000,000+
Penyebab: Influenza
Di antara tahun 1918 dan 1920, virus influenza menyerang umat manusia dengan kejam dan menjangkiti 1/3 dari populasi dunia iaitu sebanyak 500 juta orang dan menamatkan nyawa di antara 20 hingga 50 juta orang. Dari 500 juta orang dijangkiti oleh virus ini, Kadar kematian dianggarkan 10% hingga 20%, dengan sehingga 25 juta kematian dalam 25 minggu pertama sahaja. Mangsa wabak pandemik ini bermula dari juvana dan orang tua atau mereka yang memang mempunyai masalah kesihatan atau penyakit sahaja, namun virus ini terus berubah dan mula menyerang golongan muda yang sihat, namun kanak-kanak dan mereka yang kuat antibodi badan masih hidup dan dapat mengelak dari wabak ini.
5. PANDEMIK CHOLERA KEENAM (1910-1911)
Jumlah kematian: 800,000+
Penyebab: Cholera
Seperti 5 penjelmaannya yang lain, Pandemik Sixth Cholera berasal dari India di mana wabak ini membunuh 800,000 orang sebelum merebak ke Timur Tengah, Afrika Utara, Eropah Timur dan Rusia. Wabak ini merupakan sumber dari wabak Cholera Amerika (1910-1911). Pihak berkuasa Kesihatan Amerika telah belajar dari wabak mereka sebelum ini dan pantas bertindak untuk merawat mereka yang dijangkiti dan diakhir pencetusan wabak ini, hanya 11 orang kematian dicatatkan.
6. PANDEMIK FLU (1889-1890)
Jumlah kematian: 1,000,000+
Penyebab: Influenza
Juga dipanggil sebagai "Asiatic Flu" atau "Russian Flu", Wabak ini dianggap sebagai penyebaran sub-virus H2N2 Influenza A, walaupun penemuan baru-baru ini telah menemui penyebabnya sebagai sub-virus H3N8 virus Influenza A. Kes pertama dilaporkan pada Mei 1889 di 3 lokasi berbeza - Bukhara di Central Asia (Turkestan), Athabasca di Northwestern Canada dan Greenland. Pertumbuhan penduduk yang cepat pada abad ke-19, khususnya di kawasan bandar, punca kepada penyebaran wabak ini dan kemudian merebak ke seluruh dunia. Walaupun ia adalah wabak yang pertama dalam era bakteriologi itu dan banyak yang dipelajari daripadanya. Pada akhirnya, 1889-1890 Pandemik Flu ini meragut nyawa lebih dari 1 juta orang di seluruh dunia.
7. PANDEMIK CHOLERA KETIGA (1852-1860)
Jumlah kematian: 1,000,000+
Penyebab: Cholera
Secara amnya dianggap sebagai pandemik paling bahaya di antara 7 pandemik cholera. Pandemik cholera ke-3 ini muncul pada abad ke-19 di antara tahun 1852-1860. Seperti Cholera ke-1 dan ke-2, Pandamik Cholera ke-3 ini berasal dari India, merebak dari sungai delta Ganges sebelum memasuki ke negara Asia, Eropah, Amerika Utara dan Afrika dan menamatkan nyawa lebih dari 1 juta orang. Doktor fizik dari British, John Snow, ketika bekerja di kawasan miskin di London, mengesan punca penyebaran kes kolera dan akhirnya berjaya mengenal pasti air yang tercemar adalah punca penyebaran dari penyakit ke pesakit. Malangnya pada tahun yang sama dengan penemuannya (1854) adalah tahun paling yang paling teruk terjejas oleh pandemik ini, di mana 23,000 orang meninggal dunia di Great Britain.
8. THE BLACK DEATH (1346-1353)
Jumlah kematian: 75,000,000+ - 200,000,000+
Penyebab: Bakteria Bubonic
Wabak paling bahaya dan kematian paling dahsyat pernah berlaku dalam sejarah manusia yang meragut nyawa di antara 70 juta hingga 200 juta orang seluruh dunia pada tahun antara 1346 hingga 1353 (7 tahun berleluasa) di sepanjang negara Eropah, Africa dan Asia. Dipercayai berasal dari Asia, dikatakan wabak ini merebak berpunca dari kutu yang hidup bersama tikus di kapal dagang. Pelabuhan merupakan sumber utama atau pekerjaan utama pada masa itu, menjadikan tempat paling sesuai bagi kutu untuk membiak dan merebak ke 3 benua besar dan sekaligus menghapuskan 1.5/3 daripada populasi dunia.
9. WABAK JUSTINIAN (541-542)
Jumlah kematian: 25,000,000+
Penyebab: Bakteria Bubonic
Dianggarkan meragut nyawa separuh dari populasi Eropah pada ketika itu, Wabak Justinian ini adalah pandemik yang tercetus disebabkan oleh bakteria bubonic yang menghempas Empayar Byzantine dan bandar pelabuhan Mediterranean, membunuh lebih dari 25 juta orang sepanjang zaman berleluasanya. Direkodkan sebagai pandemik pertama disebabkan oleh Bakteria Bubonic, wabak justinian meninggalkan jejaknya di dunia ini dengan membunuh suku populasi dari Mediterranean Timur dan memusnahkan bandar Constrantinople, di mana ia merekodkan membunuh 5,000 orang setiap hari dan menjejaskan kematian sebanyak 40% di bandar-bandar tersebut.
10. WABAK ANTONINE (165 AD)
Jumlah kematian: 5,000,000+
Penyebab: tidak dikenalpasti
Juga dikenali sebagai wabak Galen, wabak ini boleh dikatakan sebagai pandemik pertama berlaku di zaman kemanusiaan (ancient pandemic) yang memberi kesan buruk kepada sebilangan kecil Asia, Egypt, Greece dan Italy dan penyebab mungkin disebabkan oleh Smallpox atau Measles, tetapi punca penyebab sebenar masih tidak diketahui. Kes pertama penyakit wabak yang misteri ini dikatakan bermula di Rome apabila askar-askar rome kembali dari Mesopotamia pada sekitar tahun 165AD, dari situ ianya merebak ke serata dunia dan membunuh lebih ari 5 juta orang dan meragut nyawa 90% askar rome ketika itu.
Sumber: MPHonline
Comments