top of page
Writer's pictureMr Yalaitu

PKP dilanjutkan 29 April hingga 12 Mei & Ringkasan Perutusan PM sebentar tadi (23.04/8pm)

Sebentar tadi, Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun selesai berucap kepada negara mengenai beberapa perkara yang berlaku sejak PKP fasa ke-3 begitu juga dengan pelanjutan untuk PKP fasa ke-4. Berikut merupakan ringkasan perutusan khas PM:

Sebelum memulakan ucapan, perdana menteri sempat mengucapkan selamat menyambut ramadan kepada kesemua umat islam di negara Malaysia.


RAMADAN KALI INI LEBIH ISTIMEWA

Sejak berlakunya COVID-19, kita lalui 1 tempoh yang banyak untuk menguji kesabaran dan daya ketahanan kita, kita tahan melakukan perkara yang kita suka, kita tak keluar berjalan-jalan, kita tak menonton wayang bersama kawan-kawan, kita tak pergi melancong, kita tak makan di restoran kesukaan kita dan bagi yang minat sukan mungkin dah lama kita tak main bola, badminton, bowling, joging, kayuh basikal, kita hanya duduk di rumah. Ini satu jihad dan satu pengorbanan yang cukup besar.


PENGURANGAN KETARA KES COVID-19

Hari ini kita bersyukur kerana kes positif telah menurun kepada puluhan. DIharap dengan usaha frontliners kita dan disiplin anda untuk terus patuh kepada PKP, kita dapat mengurangkan lebih banyak kes positif dan sekaligus membendung sepenuhnya wabak covid-19 ini.


KEBENARAN LIBATKAN LEBIH 100,000 PELAJAR

Pelajar-pelajar yang terkandas dikampus akan dibenarkan pulang sedikit masa lagi. Proses kini sedang dirancang oleh KKM. Jumlah pelajar yang terlibat adalah sebanyak 100,000 orang. Butiran terperinci akan diumumkan dalam masa yang terdekat.


KEBENARAN PULANG UNTUK SEKALI PERJALANAN DIPERTIMBANGKAN & RANCANG PERJALANAN PULANG

Kerajaan sedang mempertimbangkan bagi mereka yang berada di kampung dan ingin balik ke bandar atau balik ke rumah masing-masing. Kebenaran ini hanya diberikan kepada mereka yang terkandas dari awal PKP berkuat kuasa. Anggaran mereka yang terlibat mungkin mencapai ribuan orang. Dan ekarang kerajaan sedang mengumpul data dan diharapkan bersabar. Untuk perkara lebih lanjut, boleh rujuk sini.


PKP DILANJUTKAN SEHINGGA 12 MEI

Demi untuk terus membendung wabak covid-19 ini, usaha-usaha masih perlu diteruskan walaupun terdapat peningkatan yang memberangsangkan agar kita dapat membendung sepenuhnya wabak covid-19 di negara ini. Oleh itu, perintah kawalan pergerakan (PKP) dilanjutkan untuk tempoh 2 minggu lagi, iaitu sehingga 12 Mei 2020.


KELONGGARAN SECARA BERTAHAP

Jika kes-kes covid-19 ini terus menunjukkan penurunan yang ketara, maka kerajaan akan membuat kelonggaran secara bertahap dalam beberapa sektor termasuk sektor sosial.


PELAN PANTAS PEMULIHAN EKONOMI MENYELURUH

Majlis Keselamatan Negara juga sedang merangka satu pelan bagi perkara ini. Kerajaan juga sedang berusaha untuk mencari kaedah untuk memulihkan ekonomi atau memulihkan secara bertahap (pendek,sederhana,panjang).


Untuk video penuh, sila tonton di sini:



32 views0 comments

Comments


bottom of page