top of page
Writer's pictureMr Yalaitu

COVID-19: PKP mungkin dikuatkuasakan semula selepas 18 mei jika kes meningkat

Updated: May 18, 2020

37 kes positif baru covid-19 dan 2 kematian dicatatkan kelmarin (rabu).

Kredit foto: CNA

Kerajaan mungkin akan menguatkuasakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas 18 mei, jika kes positif covid-19 terus menunjukkan peningkatan.


Menurut kepada Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, 18 mei merupakan tempoh inkubasi tamat selepas 14 hari Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan pada 4 mei.

"Kami kini sedang memantau situasi hari demi hari dan akan membuat keputusan apabila tiba masanya."


"Kami telah nampak hasil dari PKP yang berjaya mengurangkan kes jangkitan tetapi bagi PKPB, kami masih belum nampak hasilnya dan ianya akan diketahui pada 18 mei nanti" katanya.

PKPB diumumkan oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin pada 1 mei dan hampir semua sektor ekonomi dibuka dengan kapasiti penuh tetapi harus mematuhi Standard Operating Procedures (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan, bermula 4 mei lalu.


Keputusan Perdana Menteri tersebut dikritik oleh rakyat dan sesetengah pihak termasuk bekas Pengarah Kesihatan, Dzulkefly Ahmad yang mengatakan keputusan tersebut adalah tidak wajar dan terlalu awal. Dan sesetengah pihak mengatakan mungkin gelombang kedua boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.

Dr Noor Hisham berkata "Jika kes positif covid-19 masih berada di dalam kawalan kami, kita boleh membuka beberapa sektor. Tetapi jika kes positif meningkat secara berterusan, kita terpaksa membatalkan hasrat tersebut" sambil memberitahu ianya terpulang kepada rakyat malaysia untuk menentukannya. Sentiasa patuhi SOP yang ditetapkan.

30,120 views0 comments

Bình luận


bottom of page